auto-direct.com.my
Berita
Tahun ke-25 Proton
...Selamat Ulangtahun yang ke-25, Proton!
Ya, jumlah global adalah kecil dan kos produksi untuk gergasi-gergasi mungkin tinggi tetapi bagi Proton mungkin sesuai...
Hingga Di Sini - Hindustan Ambassador
Minat orang ramai terhadap kereta baru yang lebih ekonomi adalah antara sebab penurunan jualan Ambassador.



Laman      Berita
Print this pageAdd to Favorite


Niaga

Kandungan:-

Proton: Ulangtahun ke 25

Proton: Ulangtahun ke 25

Kuala Lumpur 9hb Julai 2010

            Hari ini 25 tahun dahulu, kereta Proton yang pertama ( Proton Saga) keluar dari kilang Proton di Shah Alam. Walaupun ada kata kata tidak enak didengar ketika itu dan ditambah dengan cacian tentang kemampuan orang Malaysia mengeluarkan kereta yang baik, saya memberi sebuah Proton Saga dari edisi terawal tersebut Cuma kerana orang dibelakangnya. Saya percaya dengan Tun Dr. Mahathir dibelakang projek tersebut saya tidak akan terkandas dengan kereta yang tidak dapat diguna selepas beberapa tahun kerana kekurangan alat ganti.

           

            Saya gembira kerana membuat pilihan yang betul. Hari ini selepas 25 tahun saya masih mengguna Proton Saga (tapi model yang baru) dan orang belakang Proton masih bertahan.

           

            25 tahun adalah satu perjalanan yang jauh dan bagi Proton sudah tentu banyak dugaan yang dihadapi dan saya sendiri kurang setuju dengan beberapa tindakan Proton ( seperti menjual MV Agusta dengan harga begitu rendah). Walau bagaimana pun saya percaya bahawa Proton akan bersama kita untuk masa yang lama lagi.

           

            Untuk menjadi pembuat kereta dunia tidak mudah dan Proton harus melangkah dengan bijak. Memasarkan Salun atau Hatchback kepada dunia bukan senang. Kesemua pengeluar kereta dunia ada Salun dan Hatchback mereka sendiri. Cara terbaik bagi Proton untuk memasuki pasaran dunia adalah dengan memasarkan produk ke pasaran ‘niche’. Proton harus meneruskan Salun dan Hatchback untuk pasaran tempatan dan serantau tetapi untuk pasaran dunia Proton mesti ada suatu yang berlainan. Pasaran untuk kereta Sporster yang mampu dibeli ramai terbentang luas. Tidak ada banyak pengeluar kereta membuat untuk kategori ini kecuali Mazda. Itupun model mereka MX5 yang pada mulanya dipasar sebagai kereta mampu dibeli kini telah beralih ke kurang mampu dibeli. Tapi itu strategi ‘product positioning’ yang boleh dilakukan selepas ada pengikut. Mazda MX5 adalah antara faktor penyelamat Toyo Kogyo tidak lama dulu.

           

            Pada kiraan saya Proton mampu mengeluarkan sebuah Roadster dalam masa singkat jika mengguna bahan / acuan Lotus Elan yang masih mempunyai bentuk yang menarik. Masuk kan enjin Campro dan pertingkatkan sedikit perkakasan dan sudah ada Proton Roadster.  

           

            Proton harus menggerakan Lotus lebih lagi, sebab masa kini Lotus masih tidak dianggap sebagai pengeluar kereta yang berpengaruh. Enjin Lotus F.1 pun tidak mengguna enjin Lotus tetapi enjin Cosworth.

           

            Apa pun,
Selamat Ulangtahun ke-25, Proton.
 

Ini kereta sportster Lotus Elan.  Saya rasa bentuk masih boleh diterima ramai.
Cuma perlu enjin baru dan peralatan moden. Sudah tentu akan memikat ramai.





Back to Top

Proton...

Proton...

Baru baru ini sekali lagi Proton menghias akhbar akhbar . Bukan kerana jualan yang melambung tinggi atau apa yang telah berlaku tetapi tentang ‘apa yang akan dilakukan’

Laporan dari India menyebut bahawa Proton sedang dalam perbincangan dengan syarikat Mahindra untuk kemungkinan perjanjian berbentuk ‘saya beri awak ini, awak beri saya itu’.

Proton hendak memasuki pasaran India tetapi semua orang tahu bahawa nak masuk India bukan senang. Sesebuah syarikat itu perlu rakan kongsi dari India.

Mahindra pula sedang memikirkan untuk memasuki pasaran kereta sport and juga SUV. Mereka percaya Lotus (miliki Proton) mampu memenuhi pencapaian ini.

Orang kuat Proton pula dilaporkan tentang kemungkinan membuat kereta kecil dalam masa 2 tahun. Kereta ini kemungkinan besar jenis pembakaran / hybrid.

Kereta kecil (?) itu disebut berkapasiti 1 atau 1 ½ liter khas untuk pasaran Asia dan Timur Tengah.

Saya sedikit musykil, bolehkan pak arab masuk kereta kecil 1000 cc dengan mudah? Tapi jika 1.5 liter tidak ada beza dari sekarang. Proton dari awal telah membuat kereta 1.5 liter dan bagi Asia 1.5 liter bukanlah kecil tetapi sederhana.

Juga dilaporkan bahawa dalam 10 tahun Proton menguasai Lotus, Lotus tidak pernah menjana keuntungan ( = kerugian ). Selain dari lencana ‘handling by Lotus’ pada Proton, Lotus tidak di manfaatkan langsung.

Proton bukanlah pemain utama di dunia dan dengan pengeluaran dalam 150,000 unit, Proton harus melihat diri mereka dan mencari kedudukan yang paling strategik dalam industry ini. Dalam pasaran dunia Proton harus tumpu untuk pasaran khusus atau niche market daripada bertembung terus dengan gergasi-gergasi industri kereta. Mengeluarkan model salun dan hatchback, walaupun populariti, harus dilakukan secara selektif. Kaji dimana gergasi-gergasi ini tidak aktif dan ambil kesempatan ini.

Proton ada Lotus, tetapi pernahkah difikirkan untuk mengeluarkan sebuah sportster yang murah dan mampu dibeli orang ramai sebagaimana MGBs, Spitfires dan Alpines dahulu? Segmen ini hampir tiada syarikat Gergasi.  Proton harus menggunakan acuan dan perkakasan bagi misalnya Lotus Elan S, sumbatkan enjin Campro dan sudah ada roadster Proton. Tak perlu nak ubahsuai kilang atau apa-apa.


Ini kereta sportster Lotus Elan.  Saya rasa bentuk masih boleh diterima ramai.
Cuma perlu enjin baru dan peralatan moden. Sudah tentu akan memikat ramai.

Satu lagi kategori adalah station wagon. Tidak nampakkah kini, ruang ini kosong? Ya jumlah global adalah kecil dan kos produksi untuk gergasi-gergasi mungkin tinggi tetapi bagi Proton mungkin sesuai. Wagon di Malaysia selalunya popular.  Ingat tak penjual sayur dengan 130Y wagon, ataupun kontraktor dengan KE 70 wagon? Malah wagon  boleh bertanding dengan MPV untuk pasaran.

Lotus berkata bahawa rancangan ada untuk memasuki pasaran kereta sport premium dalam masa 5 tahun. Cuma saya musykil sekarang ni Lotus di pasaran bagaimana?  tentu sekali bukan ekonomi. Lotus Exige misalnya, bukan dapat dilihat dimana-mana baik di Malaysia ataupun di UK sebagaimana anda dapat melihat MGB dahulu.

Mr. Bahar (CEO Lotus) tidak boleh disalahkan kerana dia datang dari Ferrari tetapi bagi Lotus untuk menentang Porsche dan Ferrari adalah seperti Sin Chan menumbuk Giant.

Bagi saya lebih baik Lotus tumpu kepada sektor ‘roadster yang mampu dibeli ramai’. Produksi kini sebanyak 2000 unit dan dijangka naik ke 8000 dalam 5 tahun tiada apa-apa. Pengeluaran sesetengah pengeluar kereta kit car adalah lebih dari ini .





Back to Top

Hingga Di Sini - Hindustan Ambassador


Hingga Di Sini - Hindustan Ambassador

Ikon dunia kereta di India Hindustan Ambassador sudah menghampiri hujung hayatnya. Selepas hampir 50 tahun dengan sedikit perubahan Ambassador akan ditamatkan oleh pengeluar Hindustan Motors. Imej Delhi dan Mumbai akan berubah. Jika gambar tempat-tempat ini tidak sah jika tidak ada gambar Ambassador dibelakang, masa depan gambar-gambar ini juga akan kehilangan prop dibelakang.

Kerana permintaan yang menurun tahun demi tahun Hindustan Motors terpaksa mengambil tindakan ini.

 
 

Minat orang ramai terhadap kereta baru yang lebih ekonomi antara adalah sebab penurunan jualan Ambassador. Dengan pengunduran ini syarikat yang paling mendapat untung adalah Maruti Suzuki.

 


Back to Top

 
Web Stats
 25-Jun-10  8:34
Hits:
 
 

ALFA ROMEO
 
AUDI


BENTLY


BMW


BRIDGESTONE


BUFORI


CHANA RIA


CHERY


CHEVROLET


CITROEN


DUNLOP


FERRARI


FIAT


FORD


HICOM


HONDA


HYUNDAI


ISUZU


JAGUAR


KIA


LAMBORGHINI


LAND ROVER


LOTUS


MAZDA


MERCEDES


MITSUBISI


NAZA


NISSAN


PERODUA


PEUGEOT


PORSCHE


PROTON


RENAULT


ROLLS-ROYCE


SUBARU


SUZUKI


TOYOTA


VOLKSWAGEN


VOLVO




 
    

Untuk meletak iklan,
To place your adertisement,
 
Hubungi Kami di:-
Contact Us at:- 

Emel:

 
 




 
Home    Showroom    Articles
Laman   |   Bilik Pameran   |   Artikel   

Copyright © 2010 auto-direct.com.my, Exanet-M
Designated trademarks and brands are the property of the respective owners.